Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Posts tagged “tasik shah alam

Jamilah & Zaki


Majlis Pernikahan Jamilah & Zaki…

IMG_5850

IMG_5898

IMG_6099

IMG_6320

IMG_6327

IMG_6253


Need a Fast response?


Salam kepada semua pembaca,

Perlukan jawapan bagi segala pertanyaan anda ? Kami menyediakan perkhidmatan pelanggan secara online setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Bagaimana caranya?

Hantarkan email atau sms anda kepada kami. Pastikan setiap email/ sms yang dihantar mengandungi maklumat berikut

Nama anda:
Tarikh Majlis anda:
Lokasi Majlis anda:
No telefon anda:

dan hantarkan kepada

info@iszupictures.com atau sutrisno@iszupictures.com / sms 013-3774785

Jika segala maklumat diatas lengkap, kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam melalui email atau kami akan terus menghubungi anda. Pastikan anda menyertakan no telefon untuk dihubungi. Ini memudahkan kami menghubungi anda, dan menjawab segala pertanyaan anda mengenai fotografi perkahwinan/ pertunangan anda.

Regards,
Sutrisno M Nasir
Photographer and Designer
me@iszupictures.com
http://www.iszupictures.com
https://lovelypictures.wordpress.com
Public Gallery at
http://www.flickr.com/photos/sut
jurugambar perkahwinan anda


Majlis Pertunangan Mahfuzah & Luqman


akan datang

Untuk Maklumat lanjut, tentang pakej yang kami sediakan, sila hubungi
isz-013-3774785

atau emailkan ke
info@iszupictures.com

Thank you !

Regards,
Sutrisno M Nasir
Photographer and Designer
me@iszupictures.com
http://www.iszupictures.com
http://www.flickr.com/photos/sut
https://lovelypictures.wordpress.com
jurugambar perkahwinan anda


Majlis Pertunangan Noorfaeza & Nazri


Akan datang,

Majlis Pertunangan Noorfaeza & Nazri


Updated… Majlis Perkahwinan Zaariman & Salwana


Ok, masa untuk update gambar

Custom album no 1 untuk Majlis Perkahwinan Zaariman & Salwana
Pakej terdiri dari 2 custom album dan 1 sticky album

Gambar dibawah adalah custom album untuk album no 1…no 2 esok ya…Page 1

Page 2

Page 3

Page 4

Page 5

Page 6

Page 8

Page 9

Page 10

Page 11

jika rasa gambar terlalu kecil

sila lah ke galleri saya di

flickr.com


Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana


Akan datang…

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Majlis Perkahwinan Mansor & sazana

Majlis Perkahwinan Mansor & sazanaMajlis Perkahwinan Mansor dan Sazana


Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar Anda


Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.

Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 3,000-10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ’sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.