Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Posts tagged “JURUFOTO perkahwinan . PHOTOGRAPHER

Bertunang, Pertunangan, Merisik…takrif


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
– Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
– Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
– Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama – pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua’lam.

*Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab atau nama penanya, buluh, merupakan salah seorang moderator forum soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting berdasarkan soal jawab di forum iLuvislam (kategori Fiqh Munakahat; perkahwinan dan kekeluargaan).


Majlis Perkahwinan Salwana & Zaariman


Akan datang…

Majlis Perkahwinan Salwana & Zariman pada 6,7 dan 8 Jun 2008 , Cheras Selangor

Majlis Perkahwinan Salwan & Zariman

Majlis Perkahwinan Salwan & Zariman


Majlis Pertunangan Nora & Nazmir


Akan datang…

Majlis bertempat di Bukit Jalil, Pada 1 June 2008


Majlis Perkahwinan Naima & Khairul


Majlis bertempat di Pontian, Johor Bahru
Pada 24 dan 25 May 2008


Pakej Pertunangan & Perkahwinan


This is our standard Pakej at Iszupictures.com

Our package

Bertunang ( Sticky Album)
Engagement 1

1 event
1 Exclusive sticky album consist of 40 pages
with Front and back cover design
120 4R prints with full complete editing
Unlimited pictures taken/Unlimited images
DVD compilation of all pictures taken
1 photographer covering the full event
RM581

Bertunang ( Custom Storyboard Album)
Engagement 2

1 event
1 custom storyboard album 10×12 with 22 pages
Exclusive Design Front and back page for your event
Unlimited pictures taken/Unlimited images
Fully customized pages
DVD compilation of all pictures taken
1 photographers covering the full event
1 8R print fully edited with frame
RM881

Bernikah atau Bersanding (Sahaja)- Sticky Album
Solemnization or Reception (only)

1 event
1 Exclusive sticky album consist of 40 pages
with Front and back cover design
120 4R prints with full complete editing
Unlimited pictures taken for all events
DVD compilation of all pictures taken
1 photographer covering the full event
2 8R print fully edited
1 8R Frame
RM881

Bernikah atau Bersanding (Sahaja)- Custom Storyboard Album
Solemnization or Reception (only)

1 event
1 custom storyboard album 10×12 with 22 page
Exclusive Design Front and back page for your event
Unlimited pictures taken/Unlimited images
Fully customized pages
DVD compilation of all pictures taken
1 photographer covering the full event
2 8R print fully edited
1 8R Frame
RM1181

* Pakej diatas tidak termasuk sebarang kos perjalanan dan penginapan (jika ada)

Kami juga menawarkan pakej khas mengikut kehendak dan kesesuaian bajet anda. Cuba beritahu apa yang anda mahukan, kami akan sesuaikan dengan bajet anda

untuk Maklumat lanjut, sila hubungi kami
isz-013-3774785

atau emailkan ke
info@iszupictures.com

Thank you !


Majlis Perkahwinan anda-detik bersejarah dan penuh bermakna


Majlis perkahwinan anda merupakan detik bersejarah buat kedua- dua mempelai serta keluarga yang tercinta
Oleh itu, saat dan detik indah dihari bahagia itu tidak patut dilupakan begitu sahaja. Merakamkan memori indah seperti sebuah majlis perkahwinan atau pertunangan merupakan satu tugas yang berat, yang perlu diberikan kepada mereka yang layak
Semua saat indah itu dapat dirakamkan dilensa seorang jurugambar perkahwinan, atau juruvideo. Tugas mereka adalah memastikan setiap apa yang berlaku, dapat dinikmati bersama oleh sanak saudara serta rakan- rakan yang lain, yang mungkin tidak dapat hadir pada hari tersebut.  Jurugambar atau juru kamera tersebut mestilah mempunyai pengalaman dan tahu selok belok tentang sesuatu majlis itu sebelum ianya bermula. Ini penting kerana merekalah yang akan mengabadikan memori di hari perkahwinan  anda buat selam- lamanya.

Gambar- gambar perkahwinan anda bukan sahaja menjadi memori , malah ia juga akan menjadi simpanan untuk anda dan keluarga anda terutama bila anda telah mempunyai anak- anak sendiri.

Apa yang anda perlukan untuk majlis perkahwinan anda? Tentunya yang terbaik…
Oleh itu , untuk melengkapkan segala- galanya, memori dan gambar perkahwinan anda juga mestilah menarik dan terbaik untuk tatapan sahabat dan saudar mara anda. Sebuah album perkahwinan dapat menceritakan tentang perasaan dan emosi, dan  cinta yang diakhiri ke jinjang pelamin.


Pakej jurugambar perkahwinan-di Iszupictures.com


Pakej jurugambar perkahwinan-Iszupictures.com

Di iszupictures.com, kami percaya bahawa setiap bakal pengantin mempunyai bajet berbeza selain dari kehendak dan citarasa tersendiri.

Apa yang anda mahukan untuk mengabadikan memori di hari bahagia anda supaya nampak lain dari yang lain? Anda inginkan kelainan?

ANDA TENTUKAN!

Apa yang anda mahu, dari simple ke eksklusif atau kedua-duanya sekali , semuanya mengikut bajet anda!
Jika anda sedang membaca artikel ini dan masih mencari jurugambar yang sesuai untuk majlis perkahwinan atau  pertunangan anda, jangan malu dan segan untuk bertanya kepada kami, bak kata orang tua- tua, -“malu bertanya nanti sesat jalan”, jadi kalau anda tak bertanya anda tak tahu apa yang kami boleh tawarkan kepada anda

SMS atau hubungi kami di talian 013-3774785 isz  untuk maklumat lanjut...

TANYA jangan tak TANYA…
Iszupictures- jurugambar perkahwinan anda…