Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana


Akan datang…

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Majlis Perkahwinan Mansor & sazana

Majlis Perkahwinan Mansor & sazanaMajlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Advertisements

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?


Majlis Pertunangan

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti dibawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian

Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum Majlis pertunangan

Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda

Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up ( mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kerativiti anda.

5.Jamuan
Pastikan anda menyediakan jamuan untuk tetamu yang datang, terutamanya jika tetamu itu datang dari jauh. Anda boleh memilih untuk  memasak sendiri atau pun catering. Jika bajet lebih, seelok-eloknya pilihlah catering, kerana mereka ada menyediakan pakej-pakej yang sesuai untuk majlis pertunangan

6. Perkhidmatan Andaman
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

7. Jurugambar pertunangan/ Video
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti diatas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.


updated…Majlis Perkahwinan Naimah & Normi


Majlis perkahwinan ini bersama kakak( Normi) dan adik ( Naimah) pada 24 & 25 Mei yang lalu….normal editing sebab customer nak sticky album ( 1004R print)..

Sebahagian daripada 500++ keping gambar yang diambil

Majlis Perkahwinan Naimah & NormiMajlis perkahwinan Naimah & NormiMajlis Perkahwinan Normi & Naimah

Gambar selebihnya bolehlah dilihat di

http://www.flickr.com/photos/sut


Majlis Perkahwinan Naima & Khairul


Majlis bertempat di Pontian, Johor Bahru
Pada 24 dan 25 May 2008


Pakej Pertunangan & Perkahwinan


This is our standard Pakej at Iszupictures.com

Our package

Bertunang ( Sticky Album)
Engagement 1

1 event
1 Exclusive sticky album consist of 40 pages
with Front and back cover design
120 4R prints with full complete editing
Unlimited pictures taken/Unlimited images
DVD compilation of all pictures taken
1 photographer covering the full event
RM581

Bertunang ( Custom Storyboard Album)
Engagement 2

1 event
1 custom storyboard album 10×12 with 22 pages
Exclusive Design Front and back page for your event
Unlimited pictures taken/Unlimited images
Fully customized pages
DVD compilation of all pictures taken
1 photographers covering the full event
1 8R print fully edited with frame
RM881

Bernikah atau Bersanding (Sahaja)- Sticky Album
Solemnization or Reception (only)

1 event
1 Exclusive sticky album consist of 40 pages
with Front and back cover design
120 4R prints with full complete editing
Unlimited pictures taken for all events
DVD compilation of all pictures taken
1 photographer covering the full event
2 8R print fully edited
1 8R Frame
RM881

Bernikah atau Bersanding (Sahaja)- Custom Storyboard Album
Solemnization or Reception (only)

1 event
1 custom storyboard album 10×12 with 22 page
Exclusive Design Front and back page for your event
Unlimited pictures taken/Unlimited images
Fully customized pages
DVD compilation of all pictures taken
1 photographer covering the full event
2 8R print fully edited
1 8R Frame
RM1181

* Pakej diatas tidak termasuk sebarang kos perjalanan dan penginapan (jika ada)

Kami juga menawarkan pakej khas mengikut kehendak dan kesesuaian bajet anda. Cuba beritahu apa yang anda mahukan, kami akan sesuaikan dengan bajet anda

untuk Maklumat lanjut, sila hubungi kami
isz-013-3774785

atau emailkan ke
info@iszupictures.com

Thank you !


Pakej jurugambar perkahwinan-di Iszupictures.com


Pakej jurugambar perkahwinan-Iszupictures.com

Di iszupictures.com, kami percaya bahawa setiap bakal pengantin mempunyai bajet berbeza selain dari kehendak dan citarasa tersendiri.

Apa yang anda mahukan untuk mengabadikan memori di hari bahagia anda supaya nampak lain dari yang lain? Anda inginkan kelainan?

ANDA TENTUKAN!

Apa yang anda mahu, dari simple ke eksklusif atau kedua-duanya sekali , semuanya mengikut bajet anda!
Jika anda sedang membaca artikel ini dan masih mencari jurugambar yang sesuai untuk majlis perkahwinan atau  pertunangan anda, jangan malu dan segan untuk bertanya kepada kami, bak kata orang tua- tua, -“malu bertanya nanti sesat jalan”, jadi kalau anda tak bertanya anda tak tahu apa yang kami boleh tawarkan kepada anda

SMS atau hubungi kami di talian 013-3774785 isz  untuk maklumat lanjut...

TANYA jangan tak TANYA…
Iszupictures- jurugambar perkahwinan anda…


Website Rasmi Kami…


Kini kami telahpun mempunyai website rasmi

lawatilah website kami di

http://www.iszupictures.com

website ini dalam format Flash so, kalau internet connection anda tidak begitu baik, loading mungkin akan mengambil masa yang agak lama…

Masalah ini akan diselesaikan dalam minggu ini kerana saya sedang membuat website dalam format html biasa…sementara tue bolehlah tgkwebsite nie yekkk