Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Custom Album Perkahwinan dari iszupictures.com


Ramai yang bertanyakan tentang custom album kami , jenisnya dan kualitinya. Untuk makluman, terdapat pelbagai jenis serta kualiti yang boleh anda pilih.

Custom/storyboard album perkahwinan

Ada pelbagai nama untuk album jenis ini, tapi yang popular ialah storyboard album & custom album. Ia adalah album yang unik dan dipenuhi dengan gambar pengantin disertakan dengan beberapa artwork yang tertentu.

Gambar selalunya disusun secara digital mengikut aturcara majlis dari nikah sehinggalah persandingan dsb.sebab itulah dipanggil storyboard album. Kemudian ia di cetak menggunakan paper board yang tebal., sama seperti sebuah buku yang tebal.

Gambar pula dilustrasikan secara warna warni mengikut photographer atau pun designer allbum. Jadi setiap album tak akan sama dari hasil serta artworknya…unik dan berbeza

Sila lihat artwok kami di blog @ di galleri

untuk contoh custom album/storyboard album terkini
boleh klik disini  HERE

Album jenis ini juga ada pelbagai jenis dari leather, crystal , kayu dan juga yang standard. Malah album ini juga didatangkan dengan pelbagai saiz dari 8 inci ke 15 inci .Ada beberapa perkara yang menentukan harga album ini antaranya ialah upah design@artwork, Jenis album, saiz album serta kos printing.  Inilah yang menentukan perbezaan harga setiap custom album dipasaran.

Trend sekarang lebih kepada custom album ini kerana ia lebih tahan lama, serta kemasan dan ketahanannya yang lebih berbanding album lain. Keunikkannya  datang dari design dan arkwork serta gambar yang cantik. Oleh itu, pastikan anda lihat dulu artwork yang akan anda terima selepas majlis anda nanti yaa…sama anda berkenan, suka atau tidak…itu semua hak anda…

Perbezaan harga diantara photographer boleh dikaitkan dengan teknik atau angle gambar, serta olahan gambar atau design yang mereka tawarkan untuk pakej mereka. Setiap photographer mempunyai cara yang tersendiri. Pilihlah dengan bijak supaya anda berpuas hati dengan hasilnya nanti, maklumlah berkahwin@ bertunang tu hanya sekali…tak akan berulang lagi….

One response

  1. betul tu, setiap org ada cara mereka design sesuatu gambar.. x sama antara satu dgn yg lain

    January 18, 2012 at 11:11 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s