Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Tarikh Sibuk Perkahwinan


Berikut adalah sabuah artikel mengenai majlis perkahwinan untuk panduan anda:

Tarikh Sibuk Perkahwinan

Memang sejak sekian lama, majlis perkahwinan biasanya akan diadakan
pada hari sabtu dan ahad dalam cuti persekolahan. Ini bertujuan
untuk memudahkan saudara mara yang datang dari jauh.

Namun, pada ketika ini, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, majlis
perkahwinan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah,
nampaknya bukanlah satu waktu yang paling ideal untuk melangsungkan
majlis perkahwinan.

Terdapat beberapa kelemahan pada majlis yang
diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah. Antaranya
ialah:

1)      Pemberi perkhidmatan seperti jurugambar, katerer dan
jurumekap agak sukar memberikan diskaun pada tarikh ini. Ini
kerana, pada tarikh ini, mereka mendapat terlalu banyak permintaan.

2)      Adalah teramat sukar untuk mendapat perkhidmatan
profesional pada tarikh ini sekiranya anda membuat tempahan kurang
dari sebulan dari tarikh berkenaan.

3)      Anda mungkin akan dapat seorang juruvideo walau menempah
agak lambat, tetapi, biasanya, juruvideo yang baik sudah ditempah
jauh lebih awal. Jadi, anda cuma mendapat juruvideo yang kurang
berkualiti. Begitu juga keadaannya dengan pemberi khidmat
profesional yang lain.

4)      Sekiranya berlaku kecemasan seperti jurugambar anda tidak
dapat hadir pada majlis anda, adalah teramat sukar untuk mencari
jurugambar gantian pada tarikh tersebut.

5)      Pemberi perkhidmatan profesional mempunyai jadual yang
ketat pada tarikh yang berkenaan. Mereka akan terkejar-kejar dan
keletihan.

Misalnya, saya pernah menghadapi keadaan dimana,
pengantin terpaksa dimekap pada pukul 2 petang untuk majlis akad
nikah yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Ini kerana,
jurumekap tersebut terpaksa membuat mekap untuk pengantin lain pula
di tempat lain.

6)      Tetamu jemputan juga biasanya mendapat banyak jemputan pada
tarikh tersebut. Mereka mungkin tidak dapat menghadiri majlis anda
kerana memenuhi undangan lain kerana kesuntukan masa dan keletihan.

Demikianlah beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti di
sepanjang karier saya sebagai jurugambar perkahwinan, sekiranya
majlis perkahwinan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di dalam cuti
persekolahan.

Pertimbangkanlah tarikh yang terbaik untuk anda dengan mengambil kira
faktor-faktor lain juga.

Terima kasih kerana membaca.


Yang benar,
Hasnuddin Abu Samah.

Untuk mendapat maklumat lanjut fotografi dan videografi perkahwinan, sila layari:
http://www.adan.biz
http://adanphoto.fotopages.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s