Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Archive for August, 2008

Bertunang, Pertunangan, Merisik…takrif


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
– Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
– Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
– Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
– Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama – pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua’lam.

*Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab atau nama penanya, buluh, merupakan salah seorang moderator forum soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting berdasarkan soal jawab di forum iLuvislam (kategori Fiqh Munakahat; perkahwinan dan kekeluargaan).

Advertisements

Tarikh Sibuk Perkahwinan


Berikut adalah sabuah artikel mengenai majlis perkahwinan untuk panduan anda:

Tarikh Sibuk Perkahwinan

Memang sejak sekian lama, majlis perkahwinan biasanya akan diadakan
pada hari sabtu dan ahad dalam cuti persekolahan. Ini bertujuan
untuk memudahkan saudara mara yang datang dari jauh.

Namun, pada ketika ini, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, majlis
perkahwinan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah,
nampaknya bukanlah satu waktu yang paling ideal untuk melangsungkan
majlis perkahwinan.

Terdapat beberapa kelemahan pada majlis yang
diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah. Antaranya
ialah:

1)      Pemberi perkhidmatan seperti jurugambar, katerer dan
jurumekap agak sukar memberikan diskaun pada tarikh ini. Ini
kerana, pada tarikh ini, mereka mendapat terlalu banyak permintaan.

2)      Adalah teramat sukar untuk mendapat perkhidmatan
profesional pada tarikh ini sekiranya anda membuat tempahan kurang
dari sebulan dari tarikh berkenaan.

3)      Anda mungkin akan dapat seorang juruvideo walau menempah
agak lambat, tetapi, biasanya, juruvideo yang baik sudah ditempah
jauh lebih awal. Jadi, anda cuma mendapat juruvideo yang kurang
berkualiti. Begitu juga keadaannya dengan pemberi khidmat
profesional yang lain.

4)      Sekiranya berlaku kecemasan seperti jurugambar anda tidak
dapat hadir pada majlis anda, adalah teramat sukar untuk mencari
jurugambar gantian pada tarikh tersebut.

5)      Pemberi perkhidmatan profesional mempunyai jadual yang
ketat pada tarikh yang berkenaan. Mereka akan terkejar-kejar dan
keletihan.

Misalnya, saya pernah menghadapi keadaan dimana,
pengantin terpaksa dimekap pada pukul 2 petang untuk majlis akad
nikah yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Ini kerana,
jurumekap tersebut terpaksa membuat mekap untuk pengantin lain pula
di tempat lain.

6)      Tetamu jemputan juga biasanya mendapat banyak jemputan pada
tarikh tersebut. Mereka mungkin tidak dapat menghadiri majlis anda
kerana memenuhi undangan lain kerana kesuntukan masa dan keletihan.

Demikianlah beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti di
sepanjang karier saya sebagai jurugambar perkahwinan, sekiranya
majlis perkahwinan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di dalam cuti
persekolahan.

Pertimbangkanlah tarikh yang terbaik untuk anda dengan mengambil kira
faktor-faktor lain juga.

Terima kasih kerana membaca.


Yang benar,
Hasnuddin Abu Samah.

Untuk mendapat maklumat lanjut fotografi dan videografi perkahwinan, sila layari:
http://www.adan.biz
http://adanphoto.fotopages.com


Majlis Pertunangan Suhana & Sahril


akan datang…

Untuk Maklumat lanjut, tentang pakej yang kami sediakan, sila hubungi
isz-013-3774785

atau emailkan ke
info@iszupictures.com

Thank you !

Regards,
Sutrisno M Nasir
Photographer and Designer
me@iszupictures.com
http://www.iszupictures.com
http://www.flickr.com/photos/sut
https://lovelypictures.wordpress.com
jurugambar perkahwinan anda


Majlis Pertunangan Noorfaeza & Nazri


Akan datang,

Majlis Pertunangan Noorfaeza & Nazri


Akan datang…


Majlis Perkahwinan Hazlin & Azlina…coming soon…


book early


book early…

Sepanjang bulan Ogos nie, ramai yang telah bertanyakan tentang pakej kami serta tarikh- tarikh yang masih “kosong” and available untuk mereka booking. Tapi kebanyakkanya kecewa sebab tarikh yang diminta telah pun ada yang booking lebih awal dari mereka. Ada juga saya terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu.

Tarikh paling dikehendaki and most wanted untuk tahun ini saya rasa 8.8.2008 .Saya terpaksa menolak lebih kurang 12 permintaan. Ditambah pula pada bulan ini ada cuti sekolah, jadi mereka yang mencari photographer atau videographer disaat-saat akhir selalunya akan menerima jawapan yang mengecewakan.

Saya sendiri terkejut ketika majlis perkahwinan pada tarikh 8.8.2008, terdapat 4 pasangan pengantin menunggu di dalam maslid untuk diijabkabulkan oleh juru nikah. Inilah kali pertama saya melihat begitu ramai pengantin dalam satu masa, itu pun saya diberitahu, sebelum itu ada 3 pasangan diijabkabul pada sebelah pagi

So the moral of the story is…book early.

So rasa-rasanya tahun depan tarikh apa pula yang menjadi kegilaan bakal pengantin? mungkin 9.9.2009? tapi jika dilihat Kalendar tarikh tersebut jatuh pada hari Rabu….so? apa pandangan anda