Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Archive for June, 2008

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?


Majlis Pertunangan

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti dibawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian

Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum Majlis pertunangan

Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda

Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up ( mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kerativiti anda.

5.Jamuan
Pastikan anda menyediakan jamuan untuk tetamu yang datang, terutamanya jika tetamu itu datang dari jauh. Anda boleh memilih untuk  memasak sendiri atau pun catering. Jika bajet lebih, seelok-eloknya pilihlah catering, kerana mereka ada menyediakan pakej-pakej yang sesuai untuk majlis pertunangan

6. Perkhidmatan Andaman
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

7. Jurugambar pertunangan/ Video
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti diatas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.

Advertisements

Updated…Majlis Pertunangan Nora dan Nazmir


Majlis Pertunangan Nora & NazmirMajlis Pertunangan Nora & NazmirMajlis Pertunangan Nora & NazmirMajlis pertunangan Nora dan NazmirMajlis Pertunangan Nora & NazmirMajlis pertunangan Nora dan Nazmir

Majlis diadakan pada 1 Jun yang lalu , bertempat di Bukit Jalil. Majlis yang sederhana, tapi sempurna…, customer cuma nak 1 sticky album with 100 4R prints. Berikut adalah sebahagian dari gambar – gambar yang diambil pada hari tersebut…

untuk melihat gambar yang lain, sila ke

http://www.flickr.com/photos/sut


Majlis Perkahwinan Salwana & Zaariman


Akan datang…

Majlis Perkahwinan Salwana & Zariman pada 6,7 dan 8 Jun 2008 , Cheras Selangor

Majlis Perkahwinan Salwan & Zariman

Majlis Perkahwinan Salwan & Zariman


Nurul Arbee Creation


Nurul Arbee Creation

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk majlis pertunangan, pernikahan, persandingan dan majlis- majlis rasmi.

Setiap bakal pengantin pasti mengidamkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan terindah seperti yang diimpikan.Persediaan awal dan perancangan yang rapi adalah penting untuk sebuah majlis yang meriah. Kadangkala membuat persiapan perkahwinan boleh menjadi rumit dikalangan bakal pengantin yang pastinya menginginkan segala-galanya berjalan dengan lancar dan terbaik.

Di Nurul Arbee Creation, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi memudahkan bakal pengantin merancang dan merialisasikan majlis pertunangan mereka hinggalah ke majlis persandingan. Kami sentiasa menekankan aspek kualiti dalam perkhidmatan kami. Oleh itu kami akan memastikan setiap barangan yang dihasilkan adalah yang terkini dan sudah semestinya menepati citarasa.

Perkhidmatan kami adalah berdasarkan keperluan yang diinginkan oleh bakal pengantin. Oleh itu, hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Antara perkhidnatan yang kami sediakan,

Pakej pertunangan dan persandingan
– Barang Hantaran termasuk alas dulang
– Sireh junjung
– Bunga telur dan Bunga pahar
– Bantal nikah
– Pelamin nikah dan Pelamin pertunangan

Dekorasi Bunga Hidup untuk
– Jambangan Tangan
– Dekorasi tangga
– Main door arch
– Flower stand sepanjang red carpet
– Candle flower stand
– Dekorasi untuk Hantaran

Professional make up artist untuk
– Persandingan
– Pertunangan
– Majlis-majlis Rasmi
– Makan malam

Juru Gambar professional untuk
– Persandingan
– Pertunangan
– Majlis-majlis Rasmi
– Makan malam

Penyediaan kek dan muffins untuk
– Kek untuk Persandingan dan Pertunangan
– Kek Hari lahir
– Kek Fondent
– Kek Butter, chocolate,cheese dan lain- lain

Corporate gifts dan hampers
Handicrafts and crossage

Bekas dan kotak hadiah unik
-Perak dan emas ware
-Kotak kayu bali
-Kotak rotan

Keserdehanaan dan Kesempurnaan
Biarlah majlis anda nampak sederhana, tapi dengan penuh kesempurnaan.Di sini, Kami menawarkan harga yang berpatutan mengikut kerperluan dan kemampuan anda.

Harga bagi setiap perkhidmatan kami adalah berbeza. Oleh itu hubungi kami untuk mendapatkan harga yang terkini.

Realisasikan impian perkahwinan anda bersama NurulArbeeCreation.com, portal perkahwinan anda.

Friedster (gallery)
http://www.friendster.com/1997724

website
http://www.nurularbeecreation.com/


updated…Majlis Perkahwinan Naimah & Normi


Majlis perkahwinan ini bersama kakak( Normi) dan adik ( Naimah) pada 24 & 25 Mei yang lalu….normal editing sebab customer nak sticky album ( 1004R print)..

Sebahagian daripada 500++ keping gambar yang diambil

Majlis Perkahwinan Naimah & NormiMajlis perkahwinan Naimah & NormiMajlis Perkahwinan Normi & Naimah

Gambar selebihnya bolehlah dilihat di

http://www.flickr.com/photos/sut


Perhatian kepada semua pembaca…


Untuk mereka yang berminat dengan perkhidmatan jurugambar perkahwinan kami, anda bolehlah menghubungi kami melalui talian

013-3774785 isz

anda juga boleh menghantar sms dengan menggunakan format dibawah

smskan,
Nama <> majlis (perkahwinan/ pertunangan) <> tarikh majlis <> tempat majlis

Selain itu, Anda juga boleh menghantar email kepada kami di

me@iszupictures.com
info@iszupictures.com

Sila sertakan juga maklumat-maklumat seperti

Nama:
Majlis ( perkahwinan/pertunangan):
Tarikh Majlis
Tempat
No telefon

Ini memudahkan kami menghubungi anda untuk berbincang dengan lebih lanjut
Sekian

Terima Kasih

Sutrisno M Nasir
Photographer and Designer
http://www.iszupictures.com
https://lovelypictures.wordpress.com
jurugambar perkahwinan anda


Majlis Pertunangan Nora & Nazmir


Akan datang…

Majlis bertempat di Bukit Jalil, Pada 1 June 2008