Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Jurugambar perkahwinan – ( Wedding Photographer)


sekeping gambar , membawa seribu satu makna

atau dalam bahasa englishnya… a picture is worth a thousand words…

Kepentingan mengabadikan saat indah apabila ditabalkan menjadi raja sehari memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit biasa. Memori indah dan saat-saat penting didalam hidup seorang  apabila ingin diijabkabulkan menjadi suami atau isteri orang dengan calon pilihan hati merupakan sekali dalam seumur hidup. Perasaan dan debaran hati hanya mampu diabadikan dilensa seorang jurugambar perkahwinan.

Secara normanya, bakal mempelai akan sedaya upaya untuk meminimumkan perbelanjaan yang melibatkan kos jurugambar. Mungkin cukup jika saudar mara sendiri yang menjadi jurugambar di majlis perkahwinan yang ditugaskan untuk merakam memori di majlis yang bersejarah itu. Tak ada salahnya  kita  mengunakan saudara mara sendiri untuk tugas itu, apatah lagi jika mereka berkemahiran.

Tapi, apa yang berlaku selalunya tak seperti dirancang. Pada kebiasaannya, keluarga dan sanak saudara sibuk melayan tetamu dan sahabat handai yang datang. Jadi mungkin mereka yang ditugaskan untuk mengabadikan saat indah dihari bahagia anda tidak dapat merakamkan dengan sepenuhnya apa yang berlaku pada hari perkahwinan tersebut.

Banyak faktor-faktor lain perlu diambil kira , dan sebagai pengantin di majlis perkahwinan anda , anda sudah tentu tidak mahu memori bahagia terlepas begitu sahaja. Jangan pertaruhkannya ,kerana tidakkah anda ingin berkongsi memori dihari bersejarah itu bersama sanak saudara , sahabat dan juga dengan anak- anak anda  apabila anda sudah berkeluarga nanti?. Inilah masanya untuk anda menunjukkan ikatan kasih dan cinta yang anda bina didalam satu album eksklusif khas untuk majlis perkahwinan anda.

Jika beribu ringgit anda sediakan untuk persiapan perkahwinan anda, maka apa salahnya anda memperuntukkan juga nilai yang sama untuk mengabadikan semua yang anda telah sediakan dan rancang selama ini untuk tatapan keluarag dan sahabat tersayang

Tiada nilai yang mampu diberi untuk saat- saat indah itu, dan apalah nilainya jika anda abadikan selamanya …fikikanlah

Tugas seorang jurugambar amat penting di sesuatu majlis. Merekalah yang merakam dan mengabadikan selamanya majlis perkahwinan anda untuk anda…

One response

  1. setuju!

    March 24, 2009 at 2:37 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s