Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Archive for May, 2008

Majlis Perkahwinan anda-detik bersejarah dan penuh bermakna


Majlis perkahwinan anda merupakan detik bersejarah buat kedua- dua mempelai serta keluarga yang tercinta
Oleh itu, saat dan detik indah dihari bahagia itu tidak patut dilupakan begitu sahaja. Merakamkan memori indah seperti sebuah majlis perkahwinan atau pertunangan merupakan satu tugas yang berat, yang perlu diberikan kepada mereka yang layak
Semua saat indah itu dapat dirakamkan dilensa seorang jurugambar perkahwinan, atau juruvideo. Tugas mereka adalah memastikan setiap apa yang berlaku, dapat dinikmati bersama oleh sanak saudara serta rakan- rakan yang lain, yang mungkin tidak dapat hadir pada hari tersebut.  Jurugambar atau juru kamera tersebut mestilah mempunyai pengalaman dan tahu selok belok tentang sesuatu majlis itu sebelum ianya bermula. Ini penting kerana merekalah yang akan mengabadikan memori di hari perkahwinan  anda buat selam- lamanya.

Gambar- gambar perkahwinan anda bukan sahaja menjadi memori , malah ia juga akan menjadi simpanan untuk anda dan keluarga anda terutama bila anda telah mempunyai anak- anak sendiri.

Apa yang anda perlukan untuk majlis perkahwinan anda? Tentunya yang terbaik…
Oleh itu , untuk melengkapkan segala- galanya, memori dan gambar perkahwinan anda juga mestilah menarik dan terbaik untuk tatapan sahabat dan saudar mara anda. Sebuah album perkahwinan dapat menceritakan tentang perasaan dan emosi, dan  cinta yang diakhiri ke jinjang pelamin.


Pakej jurugambar perkahwinan-di Iszupictures.com


Pakej jurugambar perkahwinan-Iszupictures.com

Di iszupictures.com, kami percaya bahawa setiap bakal pengantin mempunyai bajet berbeza selain dari kehendak dan citarasa tersendiri.

Apa yang anda mahukan untuk mengabadikan memori di hari bahagia anda supaya nampak lain dari yang lain? Anda inginkan kelainan?

ANDA TENTUKAN!

Apa yang anda mahu, dari simple ke eksklusif atau kedua-duanya sekali , semuanya mengikut bajet anda!
Jika anda sedang membaca artikel ini dan masih mencari jurugambar yang sesuai untuk majlis perkahwinan atau  pertunangan anda, jangan malu dan segan untuk bertanya kepada kami, bak kata orang tua- tua, -“malu bertanya nanti sesat jalan”, jadi kalau anda tak bertanya anda tak tahu apa yang kami boleh tawarkan kepada anda

SMS atau hubungi kami di talian 013-3774785 isz  untuk maklumat lanjut...

TANYA jangan tak TANYA…
Iszupictures- jurugambar perkahwinan anda…


Jurugambar perkahwinan – ( Wedding Photographer)


sekeping gambar , membawa seribu satu makna

atau dalam bahasa englishnya… a picture is worth a thousand words…

Kepentingan mengabadikan saat indah apabila ditabalkan menjadi raja sehari memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit biasa. Memori indah dan saat-saat penting didalam hidup seorang  apabila ingin diijabkabulkan menjadi suami atau isteri orang dengan calon pilihan hati merupakan sekali dalam seumur hidup. Perasaan dan debaran hati hanya mampu diabadikan dilensa seorang jurugambar perkahwinan.

Secara normanya, bakal mempelai akan sedaya upaya untuk meminimumkan perbelanjaan yang melibatkan kos jurugambar. Mungkin cukup jika saudar mara sendiri yang menjadi jurugambar di majlis perkahwinan yang ditugaskan untuk merakam memori di majlis yang bersejarah itu. Tak ada salahnya  kita  mengunakan saudara mara sendiri untuk tugas itu, apatah lagi jika mereka berkemahiran.

Tapi, apa yang berlaku selalunya tak seperti dirancang. Pada kebiasaannya, keluarga dan sanak saudara sibuk melayan tetamu dan sahabat handai yang datang. Jadi mungkin mereka yang ditugaskan untuk mengabadikan saat indah dihari bahagia anda tidak dapat merakamkan dengan sepenuhnya apa yang berlaku pada hari perkahwinan tersebut.

Banyak faktor-faktor lain perlu diambil kira , dan sebagai pengantin di majlis perkahwinan anda , anda sudah tentu tidak mahu memori bahagia terlepas begitu sahaja. Jangan pertaruhkannya ,kerana tidakkah anda ingin berkongsi memori dihari bersejarah itu bersama sanak saudara , sahabat dan juga dengan anak- anak anda  apabila anda sudah berkeluarga nanti?. Inilah masanya untuk anda menunjukkan ikatan kasih dan cinta yang anda bina didalam satu album eksklusif khas untuk majlis perkahwinan anda.

Jika beribu ringgit anda sediakan untuk persiapan perkahwinan anda, maka apa salahnya anda memperuntukkan juga nilai yang sama untuk mengabadikan semua yang anda telah sediakan dan rancang selama ini untuk tatapan keluarag dan sahabat tersayang

Tiada nilai yang mampu diberi untuk saat- saat indah itu, dan apalah nilainya jika anda abadikan selamanya …fikikanlah

Tugas seorang jurugambar amat penting di sesuatu majlis. Merekalah yang merakam dan mengabadikan selamanya majlis perkahwinan anda untuk anda…


Majlis Pernikahan Shazliza & Fazli


Majlis Pernikahan Shazliza & Fazli

Majlis Pernikahan Shazliza & FazliMajlis Pernikahan Shazliza & FazliMajlis Pernikahan Shazliza & FazliMajlis Pernikahan Shazliza & FazliMajlis Pernikahan Shazliza & FazliMajlis Pernikahan Shazliza & Fazli

Terbaru dari iszupictures, gambar pernikahan, dan persandingan terkini dari Majlis Shazliza & Fazli pada 10 dan 11 Mei yang lalu. Seronok menangkap gambar mereka berdua, nanti saya akan upload gambar -gambar yang diambil…tunggu…


iszupictures.com- jurugambar perkahwinan anda


Di iszupictures.com, kami sentiasa mengutamakan kualiti gambar yang kami hasilkan menepati citarasa pelanggan kami. Kami mahukan yang terbaik untuk anda.

Setiap hasil kreativiti kami adalah berbeza untuk setiap pelanggan, oleh itu setiap album yang anda terima merupakan sebuah album ekslusif untuk tatapan sahabat , ahli keluarga dan anda sendiri. Oleh itu, anda juga berhak memilih apa yang anda mahukan untuk majlis pertunangan atau pun majlis perkahwinan anda.

Apa yang sebenarnya yang anda perlukan. Bajet untuk jurusolek(makandam) , baju pengantin, pelamin, barang hantaran dan kos- kos lain telah pun anda tetapkan. Anda perlu juga menetapkan bajet untuk jurugambar perkahwinan atau pertunangan anda, kerana setelah selesai sesuatu majlis itu, yang tinggal untuk kenangan hanyalah gambar- gambar perkahwinan atau pertunangan anda. Oleh itu jurugambar perkahwinan memainkan peranan yang lebih penting, kerana kami merakamkan saat-saat indah dihari bahagia anda untuk selama-lamanya.

Seorang jurugambar merupakan ‘orang seni’ kerana merekalah yang akan mengabadikan memori indah anda untuk tatapan anda. Masa, tenaga dan kreativiti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, apatah lagi saat-saat indah dihari bahagia yang diabadikan yang hanya berlaku sekali seumur hidup.

Sekali lagi saya katakan, apa yang anda perlukan, kami sediakan….anda teantukan apa yang anda mahu…berdasarkan

Events
Bertunang Sahaja
Pernikahan Sahaja
Pernikahan & Persandingan Sahaja 1 day ( Pada hari yang Sama)
Pernikahan & Persandingan Sahaja 2 day ( Pada hari yang berbeza )
Pernikahan, Berinai & Persandingan Sahaja 2 day ( Pada hari yang berbeza )

Majlis Perkahwinan
Majlis Perkahwinan sebelah pihak sahaja
Majlis Perkahwinan 2 belah pihak

Photographers
1 orang Photographer
2 orang photographer

Photographers Time/Consultation
4 jam (Per/event)
8 jam( 2 Event)
Unlimited

Album
Poket Album ( Normal Album)
Sticky Album ( Normal Album)
Custom Album ( Storyboard Album)
Ebook Album ( Storyboard Album)

Saiz Album
8 x12
10x 12
10X15

Jumlah gambar
200 Keping
300 Keping
Unlimited

DVD
Unlimited pictures without editing- without slideshow
Unlimited pictures with editing- without slideshow
Unlimited pictures without editing- slideshow
Unlimited pictures with editing- slideshow

8R Photo with/without frame
1 pictures without frame
1 pictures with frame
2 pictures without frame
2 pictures with frame

Kami juga menyediakan perkhidmatan

Videographer
Majlis Perkahwinan
Majlis- Majlis Rasmi

Persediaan Perkahwinan/ Pertunangan
Perhiasan barang hantaran untuk majlis Perkahwinan & Pertunangan
Pelamin Persandingan
Pelamin Pertunangan ( Pelamin Mini)

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej kami, sila hubungi kami melalui sms atau telefon kami di 013-3774785 (sut)

email kami di info@iszupictures.com

atau lawati

http://www.iszupictures.com
https://lovelypictures.wordpress.com
http://lovelypictures.iloveblog.com


Website complete


My official websiteSemalam saya dan selesaikan masalah mengenai website saya. Kalau siapa-siapa pernah pergi ke http://www.iszupictures.com sebelum ini, dan internet connection anda tidak begitu baik, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk membuka laman web tersebut sebab ia dalam bentuk Flash. Kini, anda boleh memilih sama ada untuk melihat website dalam flash format, atau pun html format.  Terdapat sedikit perbezaan diantara kedua- dua format, tapi isi kandungannya tetap sama…

Bagi mereka yang ingin melihat galleri gambar yang lebih besar, bolehlah klik link ke photoblog saya didalam website tersebut.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi saya melalui email di  me@iszupictures.com, atau terus hubungi saya di talian 013-3774785. SMS pun boleh….


Website Rasmi Kami…


Kini kami telahpun mempunyai website rasmi

lawatilah website kami di

http://www.iszupictures.com

website ini dalam format Flash so, kalau internet connection anda tidak begitu baik, loading mungkin akan mengambil masa yang agak lama…

Masalah ini akan diselesaikan dalam minggu ini kerana saya sedang membuat website dalam format html biasa…sementara tue bolehlah tgkwebsite nie yekkk