Just another wedding photographer web blog- by iszupictures.com ( jurugambar perkahwinan, pertunangan dan Majlis- Majlis Rasmi)

Archive for July, 2008

Updated… Majlis Pertunangan Indra & Rohafiza


Custom album design and artwork for Indra and Rohafiza engagement. They are such a lovely couple, and i really enjoy taking pictures with fiza, hope they like the result





Rancang Perkahwinan anda


Salam kepada semua pembaca ( bakal berkahwin atau pun bakal mengikat tali pertunangan). Kali ini kami ingin menyenaraikan apa yang anda perlu tahu (rancang untuk majlis perkahwinan anda nanti)

Mungkin ada beberapa perkara yang tidak relevan didalam artikel ini , ianya hanya sebagai rujukan tapi boleh dirujuk semula dengan penulisnya. Artikel ini diambil dari Al Shahir Management ( http://www.alshahir.com.my  atau http://www.kursuskahwin.com)

6-10 Bulan

~Tentukan hari perkahwinan
~Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan
~Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.
~Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.
~Tentukan tempat kenduri dilangsungkan.
~Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis.
~Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan.
~Pilih pengapit-pengapit anda.
~Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan.
~Pilih baju nikah,baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami.
~Pilih baju untuk pengapit.
~Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun.
~Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai.
~Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.
~Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda.
Sediakan dokumen ini:
Salinan Kad Pengenalan (min 10)
Salinan Surat Beranak (min 3)
Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
Gambarbersongkot/bertudung saiz pasport (min 5)
Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 3)
Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah bawah umur dan lain-lain.
Kebenaran kedutaan jika warga asing.
Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
Surat Pengakuan bujang dari majikan

4-6 Bulan

~Poskan Kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara.
~Pastikan keluarga menyediakan Ucapan Perkahwinan.
~Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori.
~Siapkan bilik atau rumah pengantin.

3-6 Bulan

~Hadiri Kursus Pra perkahwinan.
~Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri.
~Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan.
~Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid.
~Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu.
~Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh.
~Pilih cincin perkahwinan.
~Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri.
~Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda.
~Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.
~Semak tamattempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh.
~Tentukan aturcara majlis.Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin.
~Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.

2-4 Bulan

~Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudara dari luar Negeri.
~Jadualkan temu-janji Dengan pendandan rambut dan mak andam.
~Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering. Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk.
~Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu.
~Pastikan anda telah mempunyai pakaian untuk bulan madu.
~Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap.
~Aturkan rehearsal untuk hari perkahwinan.

7 Hari

~Maklumkan kepada Pengurus Katering jumlah tetamu, dan semak Senarai tetamu.
~Semak terperinci bunga, jurugambar danmuzik.&Confirmkan bulan madu anda dan mula berkemas.
~Buat rehearsal dan betulkan masalah dengan segera.
~Sediakan jamuan ringan.
~Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda.
~Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.
~Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.

1 Hari

~Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam.
~Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan.
~Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.
~Cari satu masa untuk bertukartukar hadiah dengan bakal pasangan anda.
~Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.

Hari Majlis

~Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.
~Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah.
~Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda..

Selepas Majlis

~Kemas pakaian anda, Pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa.
~Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir.
~Kemaskan hadiah yang diterima dan Pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab.
~Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

Selamat Pengantin Baru

Profil AL Shahir Management
Al Shahir Management ialah sebuah pengurusan perniagaan (No. Pendaftaran: 001473991-A) mengendalikan dan menguruskan berbagai kursus dan latihan terutama dalam bidang dakwah dan pengurusan Islam. Pengurusan perniagaan ini ditubuhkan oleh Datuk Hj.Mohamad Shahir Abdullah Beliau adalah Bekas Ketua Pengarah Jakim dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Beliau telahmeninggal dunia pada 1 Mac 2007. (Al-Fatihah)

Al Shahir Management telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan sejak tahun 2004 dan telah membantu lebih 3000 bakal pengantin mendapatkan sijil Kursus pra Perkahwinan. Kini,Kursus pra Perkahwinan dianjurkan di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Hubungi kami untuk maklumat waktu dan urusan pendaftaran.
PUSAT KURSUS PRA PERKAHWINAN PUTRAJAYA AL SHAHIR MANAGEMENT TEL: 019-2876978 / 019-3911310 FAX: 03-62515455 http://www.alshahir.com.my   http://www.kursuskahwin.com

Di sediakan oleh: Ahmad Syahrin
(Kursus Pra Perkahwinan Putrajaya AL Shahir Management)


Promotional Package at Iszupictures.com- for October, November & December


Promotional Package at Iszupictures.com

Bernikah dan Bersanding ( 2 events) double sticky

2  event in the same week
2 sticky album consist of 40 pages
200 4R prints with full complete editing
Unlimited pictures taken for all events
DVD compilation of all pictures taken
DVD picture music video
1 photographer covering the full events
2 8R print fully edited
1 free Frame
RM1381


Bernikah dan Bersanding ( 2 events) 1 sticky, 1 custom album

2 event in the same week
1 sticky album consist of 40 pages
100 4R prints with full complete editing
1 custom storyboard album 8×12 with 22 page
Full customized pages
Unlimited pictures taken for all events
DVD compilation of all pictures taken
DVD picture music video
1 photographer covering the full events
2 8R print fully edited
1 free Frame
RM1581


Bernikah dan Bersanding ( 2 events) double custom album

2  event in the same week
2 custom storyboard album 8×12 with 22 page
Full customized pages
Unlimited pictures taken for all events
DVD compilation of all pictures taken
DVD picture music video
1 photographer covering the full events
2 8R print fully edited
1 free Frame
RM1781

Tawaran khas kepada bakal- bakal mempelai yang akan melangsungkan majlis pada bulan Oktober, November dan December 2008
Tawaran sah sehingga Disember 2008
Tempahan boleh dibuat melalui telefon,sms atau email ke
013-3774785 @ info@iszupictures.com

Untuk maklumat lanjut mengenai pakj tersebut, sila hubungi kami di talian
013-3774785- isz


Majlis Pertunangan Rohafiza & Indra


Akan datang

Majlis pertunangan Rohafiza dan Indra

I love their engagement ceremony, a lovely ,simple and happening events, full with happiness

Below are some of the pictures taken, the rest will have to wait….


Updated… Majlis Perkahwinan Zaariman & Salwana- album no 2


Custom album no 2 untuk Majlis Perkahwinan Zaariman & Salwana
Pakej terdiri dari 2 custom album dan 1 sticky album

Gambar dibawah adalah custom album untuk album no 2 pula…
boleh dilihat dengan jelas dan terang di

http://sutmnasir.fotopages.com/
http://www.flickr.com/photos/sut


Updated… Majlis Perkahwinan Zaariman & Salwana


Ok, masa untuk update gambar

Custom album no 1 untuk Majlis Perkahwinan Zaariman & Salwana
Pakej terdiri dari 2 custom album dan 1 sticky album

Gambar dibawah adalah custom album untuk album no 1…no 2 esok ya…Page 1

Page 2

Page 3

Page 4

Page 5

Page 6

Page 8

Page 9

Page 10

Page 11

jika rasa gambar terlalu kecil

sila lah ke galleri saya di

flickr.com


Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana


Akan datang…

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Majlis Perkahwinan Mansor dan Sazana

Majlis Perkahwinan Mansor & sazana

Majlis Perkahwinan Mansor & sazanaMajlis Perkahwinan Mansor dan Sazana


Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar Anda


Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.

Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 3,000-10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ’sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.